22 December 2015

Mesyuarat KSKM Negeri Perak & Wakil Daerah

IPOH 30 Nov - Mesyuarat KSKM Negeri Perak kali ke 4 telah diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) dekat sini. Barisan jawatankuasa KSKM Negeri Perak dan wakil daerah telah bermesyuarat dan membentangkan perancangan bagi sepanjang tempoh tahun 2016 - 2017. Mesyuarat turut dihadiri oleh Saudari Puteh binti Rejab, Timbalan Presiden KSKM Pusat yang dipilih baru-baru ini.

Menurut saudara Zhaharudin bin Mat Ali, mesyuarat kali ini telah berjaya menghimpunkan semua wakil-wakil dari semua daerah di negeri Perak. Setiap daerah membentang dan mengutarakan perancangan bagi tempoh sepanjang tahun 2016 hingga 2017.

Kehadiran AJK KSKM Perak & Wakil Daerah
Sungguh pun majlis berkenaan tidak dihadiri oleh Setiausaha KSKM Negeri Perak yang berkursus wajib di Sungai Petani, mesyuarat telah sebulat suara mencapai kesepakatan berhubung isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembantu makmal di negeri Perak. Di dalam mesyuarat berkenaan KSKM Negeri Perak  akan mengemukakan memorandum kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan hasrat memurnikan perjalanan kerjaya pembantu makmal khususnya di Perak dan seluruh Malaysia amnya.

Adalah menjadi harapan agar seluruh perancangan KSKM Perak dapat dilaksanakan demi kebajikan dan kepentingan pembantu makmal di Perak.