22 December 2015

Bengkel Kepimpinan & Pengurusan CUEPACS Perak

CAMERON HIGHLAND 9 Disember - Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan telah berlangsung di Taman Argoteknologi MARDI, dekat sini. Bengkel ini merupakan anjuran CUEPACS Negeri Perak dan membabitkan gabungan kesatuan sekerja di negeri Perak.
Peserta KSKM

Zainal Ismail, Timbalan Presiden 1 CUEPACS telah merasmikan bengkel ini yang turut disertai kira-kira 60 orang peserta. KSKM Cawangan Perak diwakili saudara Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK dan seorang ahli KSKM.

Pegawai PTD JPA
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 Disember hingga 9 Disember merangkumi pengisian peranan MBJ, MBK oleh wakil-wakil Kesatuan yang disampaikan oleh Encik Adnan Mat selaku Pengerusi MBK Sains & Teknologi. Pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam turut mengisi slot menerusi Penerangan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang mula berkuatkuasa pada 15 November 2015 yang lalu. Pelan Transformasi dalam perkhidmatan awam turut mendapat perhatian semua peserta bengkel.

Wakil KSKM merupakan antara yang paling aktif dalam sesi soal jawap di mana mendominasi kebanyakan soalan berhubung exit policy dan pelan transformasi.

Diharapkan semua info yang diperolehi sepanjang bengkel ini akan dijadi sumber perkongsian maklumat bersama-sama ahli KSKM Perak khususnya.