07 May 2013

BENGKEL PENGURUSAN MAKMAL SAINS 2013

Jabatan Pelajaran Negeri Perak dengan kerjasama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Negeri Perak akan mengadakan Bengkel Pengurusan Makmal Sains 2013 bagi lantikan Pembantu Makmal C17 yang baru dilantik bagi semua 10 Daerah di Negeri Perak mengikut tarikh-tarikh seperti berikut : 1) DAERAH LARUT MATANG & SELAMA DAN DAERAH KERIAN : Tarikh : 11 Mei 2013 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 Petang. Tempat : S.M Teknik, Taiping, Perak. 2) DAERAH PERAK TENGAH DAN MANJUNG : Tarikh : 14 Mei 2013 (Selasa) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 Petang. Tempat : S.M.K Seri Manjung, Perak. 3) DAERAH KUALA KANGSAR DAN HULU PERAK : Tarikh : 18 Mei 2013 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 Petang. Tempat : S.M.K Beluru, K. Kangsar, Perak. 4) DAERAH HILIR PERAK DAN BATANG PADANG : Tarikh : 21 Mei 2013 (Selasa) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 Petang. Tempat : S.M.K. Dato' Sagor, Langkap, Perak. 5) DAERAH KINTA UTARA DAN KINTA SELATAN : Tarikh : 27 Mei 2013 (Isnin) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 Petang. Tempat : S.M.K. Pinji, Ipoh, Perak. Perhatian : 1. Surat Panggilan akan dihantar oleh JPN Perak ke sekolah masing-masing. 2. Hanya yang mendapat surat sahaja diwajibkan hadir. 3. Semua peserta diwajibkan membawa rod & tiub kaca, Pemotong kaca, sarung tangan dan tuala tangan masing-masing ke tempat kursus.

18 April 2013

MAKLUMAT TERKINI : Setiausaha KSKM Cawangan Negeri Perak sudah mengedarkan Surat kepada semua ahli berdaftar KSKM seluruh Negeri Perak secara pos, maklumat mengenai : 1. Notis Awal Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan. 2. Pencalonan Jawatankuasa Ibu Pejabat / Cawangan. 3. Borang Pencalonan Pemilihan Perwakilan Tritahunan Cuepacs 2013. Semua borang pencalunan hendaklah disempurnakan dan dihantar semula menggunakan sampul berstem yang telah disediakan sebelum 30 April 2013. Penerimaan borang pencalonan selepas dari tarikh tersebut tidak akan diambil kira. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus Pn. Khuzaimah SU KSKM Cawangan Negeri Perak di talian : 012-5370813. Harap maklum buat semua ahli KSKM Cawangan Negeri Perak.