Pengerusi dan AJK KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Raya 1431 H Maaf Zahir dan Batin buat semua Ahli KSKM di seluruh Negeri Perak Khasnya dan Seluruh Malaysia Amnya. Semoga anda dapat meraikannya dengan suasana yang meriah dan merapatkan silatulrahim sesama umat Muhammad.
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
02 September 2010
Ucapan Selamat Hari Raya Dari KSKM Negeri Perak
Pengerusi dan AJK KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Raya 1431 H Maaf Zahir dan Batin buat semua Ahli KSKM di seluruh Negeri Perak Khasnya dan Seluruh Malaysia Amnya. Semoga anda dapat meraikannya dengan suasana yang meriah dan merapatkan silatulrahim sesama umat Muhammad.
Label:
Ucapan
03 May 2010
TAHNIAH KEPADA KSKM PUSAT KERANA TERPILIH SEBAGAI KESATUAN CONTOH 2010


Tahniah buat Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal , Kementerian Pelajaran Malaysia kerana terpilih sebagai Kesatuan Contoh oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Pengumuman dan Penyampaian Hadiah akan di adakan pada 8.5.2010 di The Mines, Kuala Lumpur.
Dengan kemenangan dan pengiktirafan ini dapatlah KSKM memartabatkan lagi Pembantu Makmal di persada yang lebih tinggi bagi menjaga kebajikan semua Pembantu Makmal di seluruh Malaysia.
Label:
Ucapan
20 November 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 H

Barisan AJK KSKM Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Pembantu Makmal di seluruh Malaysia.Kepada Pembantu Makmal yang dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini, KSKM Perak mengucapkan selamat menjalani ibadah Haji semoga mendapat Haji Mabrul dan selamat pergi dan selamat kembali.
Kepada yang melakukan ibadah Qurban, selamat berqurban semoga mendapat Rahmah dengan ibadat yang kita lakukan itu.
Label:
Ucapan
17 September 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 H


Pengerusi dan AJK KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin . Berhati-hati sentiasa bila di jalan raya, ingat akan orang tersayang.
Label:
Ucapan
21 July 2009
SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ
KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut Israk Mikraj 1430 buat semua Pembantu Makmal di seluruh Malaysia.
Perintah solat 5 waktu
Israk dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.
Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.
Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)
Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.
Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik langit.
Label:
Ucapan
Subscribe to:
Posts (Atom)
