22 December 2011

PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011






Gambar Ehsan : Hasrin Zakaria

SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"
Utusan Malaysia
18/12/2011


SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.

"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.

"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.

SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.

Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.

"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.

"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

10 December 2011

PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011




Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan selamat bersidang buat semua Perwakilan dan Pemerhati dari seluruh negara. Semoga Persepakatan semua Pembantu Makmal akan memartabatkan dan mengukuhkan KSKM menjadi kesatuan yang disegani.

SBPA SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
9/12/2011



2011/12/09 JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan penjawat awam yang berpengalaman dan cemerlang tetap diberi keutamaan bagi mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam walaupun dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan 1 Januari depan turut membuka ruang kepada ‘orang luar’.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata pengambilan orang luar hanya dilakukan apabila keadaan sangat diperlukan tetapi masih tertakluk kepada penilaian dan saringan ketat. > Jaminan ini melegakan penjawat awam, termasuk Kongres Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS) yang sebelum ini bimbang orang luar akan diambil mengisi jawatan tertentu dan menganaktirikan penjawat awam berpengalaman serta cemerlang untuk mengisi jawatan gred utama. Menurut amalan sekarang, hanya penjawat awam yang benar-benar cemerlang serta mempunyai pengalaman luas diberikan kenaikan pangkat menerajui jawatan gred utama. Amalan ini wajar diteruskan kerana mereka memahami selok belok perundangan, prosedur dan peraturan sektor awam.

Penjawat awam optimis SBPA yang akan dilaksana tahun depan berupaya melakukan transformasi mengubah penjawat awam menjadi pekerja berminda kelas pertama untuk meningkatkan produktiviti setimpal pemberian kenaikan gaji.

Dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan kerajaan juga bersetuju memberi peluasan kemudahan cuti belajar bergaji penuh kepada pegawai kumpulan pelaksana mengikuti latihan kemahiran di bawah program ‘Skills Malaysia’.

SBPA ini turut membuat semakan dan unjuran tangga gaji sebaris berbanding tiga baris yang diperkenalkan sebelum ini dan pada masa sama, menyediakan laluan kerjaya lebih menarik kepada penjawat awam dengan tempoh kenaikan pangkat dipendekkan, tidak tertakluk kepada kekosongan.
Adalah menjadi harapan supaya dengan pelaksanaan SBPA ini kakitangan awam dapat meningkatkan produktiviti ke suatu tahap yang tinggi, berprestasi tinggi serta membudayakan cara bekerja baru.

01 November 2011

SPBA



SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
26/10/2011


KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.

26 August 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP N 1 DAN N 4 OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




Adalah di maklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpulkan Maklumat mengenai Pembantu Am Pejabat yang telah dan sedang berkhidmat di Makmal Sains di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hebahkan kepada mereka mengenai perkara tersebut. Pengumpulan maklumat itu di tutup pada 23 September 2011.

Sila layari Laman Web ini :




26 July 2011

TAKLIMAT ORIENTASI PEMBANTU MAKMAL BARU BAGI NEGERI PERAK.


En Johari , Jurulatih Utama KSKM Perak sedang menyampaikan ceramahnya kepada semua PM yang baru.












Pn. Khuzaimah Setiausaha KSKM Perak sedang menyampaikan taklimatnya.

















23 July 2011

MAJLIS SUAIKENAL DAN PEMBERIAN SURAT PENEMPATAN OLEH JPN PERAK.



Pengerusi dan AJK KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan selamat datang kepada semua Warga Baru Pembantu Makmal Negeri Perak ke Hotel Sri Malaysia, Ipoh, Perak pada 25.7.2011 hingga 26.7.2011. Tahniah dan selamat bertugas di Makmal-makmal Sains seluruh Negeri Perak. Bertugaslah dengan Cemerlang demi pendidikan anak bangsa Malaysia.






14 June 2011

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DAN PEMURNIAN SENARAI TUGAS & FAIL MEJA PEMBANTU MAKMAL GRED C 17, C 22 DAN C 26 ANJURAN BHG. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA , KPM.








Bengkel ini berlangsung di Hotel Heritage, Ipoh dari 8 Jun hingga 11 Jun 2011. Seramai 40 perserta terdiri dari 30 Pembantu Makmal C 17, C 22 dan C2 6, Pegawai Pelajaran dan Ketua-ketua Bidang Sains telah hadir di Bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaikan dan memurnikan Senarai Tugas dan Fail Meja bagi Jawatan Pembantu Makmal di Sekolah harian, Teknik / Vokasional, Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi dan Institiut Perguruan di seluruh Malaysia. Hasil Bengkel ini akan di serahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk di perhalusi dan mendapat kelulusan rasmi dan di guna pakai di seluruh Malaysia.





MESYUARAT DWI TAHUNAN KSKM PERAK KALI KE 11 2011 DI RESORT AIR PANAS, PENGKALAN HULU, PERAK 6 - 7 JUN 2011






Ahli Jawatan kuasa KSKM Cawangan Negeri Perak Sesi 2011 - 2013

PENGERUSI : EN. SABRI BIN HJ. ABU HANIPAH

SETIAUSAHA : PN. KHUZAIMAH BT. ZAINUDDIN

BENDAHARI : PN. VIMALADEVI A/P KRISHNAN

AHLI JAWATAN KUASA :

EN. RUZLAN BIN HJ. RAMLI

EN. TAN ENG WAT

PN. ROHANI BT. MOHD SAPARDI

PN. SAONAH BT. NAPIAH

PN. NORHASHIKIN BT. AHMAD JAMUIN


JURUAUDIT :

PN. RAHAIYU BT. HASSAN

PN. RAMLAH

19 May 2011

KURSUS KESELAMATAN DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS 2011

Untuk pengetahuan semua Pembantu Makmal 5 lagi Kursus Keselamatan dan Pengurusan Makmal Sains anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dengan kerjasama KSKM Negeri Perak akan di adakan di Daerah-daerah seperti berikut :

30.05.2011 ( ISNIN )

DAERAH HILIR PERAK

TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

31.05.2011 ( SELASA )

DAERAH KUALA KANGSAR

TEMPAT : DEWAN SMK TUN PERAK, PADANG RENGAS, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan KImia Negeri Perak.

1.06.2011 ( RABU )

DAERAH KINTA SELATAN

TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

2.06.2011 ( KHAMIS )

DAERAH BATANG PADANG.

TEMPAT : DEWAN SMK TAPAH, TAPAH, PERAK.
MASA ; 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

3.06.2011 ( JUMAAT )

DAERAH KERIAN.

TEMPAT : DEWAN SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG, PARIT BUNTAR,
PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

Di jemput semua Pembantu Makmal di Daerah-daerah tersebut hadir. Kehadiran diwajibkan. Surat Panggilan kursus akan di edarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak.


Untuk pengetahuan 5 Daerah yang lain sudah melaksanakan kursus tersebut pada bulan Mac 2011 yang lalu.

11 May 2011

CUEPACS PUAS HATI PENILAIAN 360 DARJAH


CUEPACS puas hati penilaian 360 darjah

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/05/11

Kongres mahu bincang semula pelarasan gaji, elaun

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada dasarnya berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan penilaian tahap kecekapan (PTK) menggunakan konsep 360 darjah yang diperjelaskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan hampir empat jam semalam.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata berasaskan perbincangan setakat ini, pihaknya mendapati ada perubahan berbanding PTK yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mereka akan adakan perjumpaan lanjut dengan JPA.

“Buat masa sekarang, CUEPACS mencapai persefahaman dengan JPA untuk membincangkan isu ini secara tertutup dan kita akan kemukakan semua syor kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah) dalam perjumpaan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan membincangkan semula isu pelarasan gaji, Elaun Sara Hidup (COLA) dan elaun perumahan pada mesyuarat kesatuan di Lumut, Perak pada 26 dan 27 Mei ini bagi menentukan permohonan yang hendak dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, CUEPACS meminta kerajaan mengkaji kenaikan elaun perumahan sedia ada, terutama bagi kakitangan gred 1 hingga 40, iaitu daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk kakitangan gred 41 ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.

Bagi COLA pula, kesatuan itu menuntut bayaran sama rata RM300 berbanding amalan sekarang yang mana kakitangan awam di bandar besar dibayar RM300, bandar kecil (RM200), manakala RM100 dibayar kepada mereka di luar bandar.

Dari segi pelarasan gaji pula, Osman menggesa proses itu disegerakan kerana kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 kakitangan awam rendah bergaji kurang RM2,000 sebulan dilaporkan terpaksa membuat kerja kedua atau kerja sampingan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

“Ini kerana kos sara hidup dan harga barangan keperluan seharian sudah meningkat, malah hari ini (semalam) gula naik 20 sen. Saya khuatir prestasi kerja kakitangan awam yang melakukan dua kerja atau kerja sambilan terjejas.

“Kita tidak boleh larang mereka bekerja, malah sudah ramai yang bekerja sebagai pemandu teksi, kakitangan stesen minyak atau di kompleks beli belah. Cuma jangan buat kerja berisiko sehingga menjejaskan tugas hakiki,” katanya.

Omar berkata, semua perkara itu akan dibincang pada peringkat CUEPACS terlebih dulu akhir bulan ini sebelum dipanjangkan kepada Perdana Menteri, seboleh-bolehnya dalam bulan ini juga sempena sambutan Bulan Pekerja.

Katanya, kesatuan sekerja itu memutuskan tidak mengemukakan tuntutan terbabit dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri pada tahun lalu atas kesedaran keadaan ekonomi ketika itu tidak mengizinkan.

27 April 2011

SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS MALAYSIA DI IPOH, PERAK 2011


Moh kita ahli-ahli KSKM Negeri Perak memeriahkan sambutan Hari Pekerja Cuepacs Malaysia di Bandaraya Ipoh. Perak menjadi tuan rumah pada tahun ini. Berbagai-bagai acara menarik disediakan untuk semua ahli dan Penjawat Awam seluruh Negara. Sambutan berlangsung dari 29.04.2011 hingga 1. 05.2011.

Kepada semua ahli kskm @ Cuepacs dari seluruh Malaysia, KSKM Perak mengucapkan Selamat Datang Ke Negeri Perak, anda pasti akan bergembira di Negeri Perak.




29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 9.00 Pagi Berkumpul di Dewan Bulan



Lawatan ke Gunung Helang dan Kuala Kangsar.



29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 3.00 Petang, Tempat : Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh
Seminar serta Dialog bersama Presiden Cuepacs Dato' Omar Osman.

29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 6.30 Petang, Tempat : Masjid Negeri Perak, Ipoh

Forum Hal Ehwal Islam



30.04.2011 ( Sabtu ) Pagi - Petang Tempat : Kompleks Sukan DBI dan Pusat Bowling Ampang, Ipoh.



Perlawanan Persahabatan Sukan



30.04.2011 ( Sabtu ) Jam : 7.30 Malam : Tempat : Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak.

Majlis Makan Malam bersama YAB Menteri Besar Perak.

1.05.2011 ( Ahad ) Jam : 8.00 Pagi : Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2011




Untuk mendapatkan Aturcara yang lengkap sila layari Laman Blog Cuepacs Perak :








21 March 2011

DI SEKITAR KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DI 5 DAERAH NEGERI PERAK :


Dewan Kuliah SMK Methodist (ACS), Sitiawan, Perak yang sungguh selesa. Dewan ini belum dirasmikan lagi, pertama kali digunakan pada kursus ini.

En. Ashaari Setiausaha Agung KSKM sedang menyampaikan taklimat tentang isu-isu semasa KSKM.

Tn. Hj. Mat Jaafar Ketua Unit Latihan , Jabatan Pelajaran Negeri Perak menyampaikan ceramahnya.

En. Ashaari SU Agung KSKM Pusat menyampaikan cenderahati kepada En. Khairul.

En. Khairul Anuar, Penolong pengarah dari Jabatan Kimia Negeri Perak menyampaikan ceramahnya.


Peserta dari Daerah Manjung mengikuti ceramah di SMK Methodist (ACS), Sitiawan, Perak.

18.03.2011 : DAERAH MANJUNG, SITIAWAN, PERAK.



Penyampaian cenderahati oleh Pn. Khuzaimah Setiausaha KSKM Negeri Perak kepada Tn. Hj. Mat Jaafar.

Tn. Hj. Mat Jaafar Ketua Unit Latihan, Jabatan Pelajaran Negeri Perak.



En. Ramlee, Penolong Pengarah dari Jabatan Kimia Negeri Perak bersama En. Roslan Bin Kassim dari SMK Sains Tun Azlan Shah ( Seratas ).

17.03.2011 : DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA, TAIPING.


En. Ramlee, Penolong Pengarah Jabatan Kimia Negeri Perak sedang menyampaikan ceramahnya berkaitan keselamatan bahan-bahan kimia.

Sebahagian Peserta yang hadir.


Tn. Hj. Mat Jaafar, Ketua Unit Latihan Jabatan Pelajaran Negeri Perak sedang menyampaikan ceramahnya.

16.03.2011 : DAERAH KINTA UTARA



08 February 2011

GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM


CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM




Bernama
7/2/2011




KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cuepacs Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.

Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.

14 January 2011

Tahniah Presiden Cuepacs : Datuk Hj. Omar Osman.

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI OMAR HAJI OSMAN MENERIMA DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (DBNS) GELARAN DATUK

Media Cuepacs
14/1/2011



Presiden Cuepacs akan menerima Darjah Setia Bakti (DBNS) yang baru diwujudkan membawa gelana DATUK. Ia akan dianugerahkan pada 14 Januari 2011 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Seri Menanti, hari ini.

11 January 2011

MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK SIRI 2/2010



Pada 27.12.2010 KSKM Negeri Perak telah menghadiri Majlis Permuafakatan Jabatan Pelajaran Negeri Perak bersama Tuan Pengarah Pelajaran Perak dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan di Bilik Seri Budi, JPN Perak.


KSKM Perak di wakili oleh :
Pn. Khuzaimah bt. Zainuddin
Setiausaha Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal
Malaysia (KSKMM) Cawangan Perak

Antara Isu yang di bawa pada Mesyuarat itu adalah seperti berikut :

1. Memohon pakaian keselamatan
kepada Pembantu Makmal

2 . Kekurangan perabot bagi kegunaan
Pembantu Makmal kerana buat masa
ini meraka terpaksa menggunakan
kerusi makmal untuk duduk

3. Kebersihan Kawasan
Sekolah sepertimana yang dipersetujui
dalam Mesyuarat MBJ Bil 3 Tahun
2009, kontraktor pembersihan perlu
membuat pembersihan di dalam
makmal tetapi Pembantu Makmal
masih menjalankan kerja-kerja
pembersihan makmal.

4. Kekurangan jawatan Pembantu
Makmal di sekola-sekolah


ULASAN PENGARAH PELAJARAN PERAK

1. Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan akan memastikan
pakaian diberi mengikut pekeliling
pada tahun 2011.

Tindakan : KS2P

2. Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan memaklumkan
bahawa Kementerian hanya
meluluskan 7000 perabot berbanding
20000 yang dipohon ae amg setelah
menerima agihan dari agensi pusat
dan peruntukan aset tersebut akan
diberi mengikut kelayakan.
Walaubagimanapun Pengerusi
memohon supaya perkara ini
dibincangkan dengan Pengetua
masing-masing bagi mengatasi
masalah ini.

Tindakan : Makluman

3. Pengerusi meminta supaya dibuat
perbincangan dengan Pengetua
tentang kawasan-kawasan skop
pembersihan kontraktor pembersihan.
Sehubungan itu, pengerusi memohon
kerjasama PPD untuk memaklumkan
perkara ini kepada semua Pengetua

Tindakan : PPD / MPSM

4. Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan memaklumkan
bahawa JPN masih belum menerima
bekalan untuk jawatan Pembantu
Makmal. Setelah diterima, pengisian
akan dibuat.

.Tindakan: Makluman

02 January 2011

KSKM Negeri Perak Terpilih Sebagai Cawangan Cemerlang KSKM Kebangsaan


Wakil KSKM Negeri Perak yang telah hadir di Hotel KL Internasional, Kuala Lumpur.



Anugerah Cawangan KSKM Cemerlang di sampaikan oleh Presiden Cuepacs Malaysia Tn. Hj. Omar Osman kepada Setiausaha Cawangan Pn. Khuzaimah.

Majlis Hi Tea Sepetang Bersama KSKM ini berlangsung di Hotel KL Internasional, Kuala Lumpur pada 31.12.2010. Majlis ini di hadiri oleh Presiden Cuepacs Malaysia Tn. Hj. Omar Bin Osman, Setiausaha Agung Cuepacs Malaysia, Exco Kanan Cuepacs, Presiden Cuepacs Malaysia, S/U Agung Kskm , Exco-exco KSKM Malaysia dan wakil-wakil Cawangan Negeri-Negeri. Majlis ini bersempena dengan terpilihnya KSKM Malaysia sebagai Kesatuan Contoh Sektor Awam 2010 oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia sempena dengan Hari pekerja yang lalu yang telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak.

Di Majlis ini juga berlangsung Penyampaian Anugerah Cawangan Cemerlang, Anugerah Cawangan Contoh dan Anugerah Khas.

Anugerah Cawangan Cemerlang : KSKM Cawangan Negeri Perak.
Anugerah Cawangan Contoh : KSKM Cawangan Negeri Melaka.
Anugerah Khas : KSKM Cawaangan Wilayah Persekutuan.

Tahniah kepada semua.