26 November 2012

KONVENSYEN PEMBANTU MAKMAL NEGERI PERAK 2012

Pada 26.11.2012 telah berlangsung Konvensyen Pembantu Makmal Negeri Perak 2012 yang berlangsung di Institut Latihan Kemas, Bandar Baru Sri Iskandar, Perak. Seramai 360 orang Pembantu Makmal telah menghadiri Konvensyen yang julung-julung kalinya anjuran bersama Jabatan Pelajaran Perak dan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Negeri Perak. Ia dirasmikan oleh En. Hamran Bin Hj. Ahmad Presiden KSKM Pusat. En. Ashaari Maarof juga turut serta menyampaikan Ucapan Yang bertajuk Hala Tuju Perjawatan Pembantu Makmal. Forum juga dilaksanakan disebelah petang. Resolusi yang telah dibentangkan dan dipersetujui di Konvensyen tersebut : 1. Mempertingkatkan lagi perjawatan PM ke taraf yang lebih tinggi lagi. 2. Kajian Norma perjawatan Kanan supaya diperbanyakkan. 3. Menwujudkan Institusi Latihan khas untuk Pembantu Makmal dengan Modul-modul yang menyeluruh bidang tugas hakiki Pembantu Makmal secara komprehensif serta mendapat pengiktirafan dari pihak tertentu.

20 November 2012

Hujung Minggu ini KSKM dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak akan menjalankan 2 aktiviti bagi Pembantu Makmal di Negeri Perak : SEMINAR PENGURUSAN MAKMAL SAINS Anjuran Bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perak Dan KSKM Negeri Tarikh : 23 November 2012 ( Jumaat ) Tempat : Dewan Waja Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tawas Baru, Tasek Damai, Ipoh. Masa Pendaftaran : 7.30 pagi hingga 5.00 petang KONVENSYEN KAKITANGAN MAKMAL DAN SEMINAR PEMBANGUNAN DIRI SERTA PEMANTAPAN MUTU KERJA Tarikh : 26 November 2012 (Isnin) Tempat : Institut latihan KEMAS Seri Iskandar Bandar Baru Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak. Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang Pendaftaran : 7.30 hingga 8.00 pagi