Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..
Lama juga Teman tinggalkan blog KSKM Perak ni..Lepas saja Aidil Fitri rasanya Teman belum lagi menulis untuk rakan-rakan Makmal seluruh negara.k
Kali ni Teman bicara persoalan yang agak berat sedikit dari biasa..Lepas balik dari Grand View hari tu Teman terima banyak sangat rungutan dari rakan-rakan yang bercakap secara langsung dan cal Teman..soal perasaan tak puas hati dan ada juga yang memberi maklum balas yang positif tentang program tu walaupun bilangannya agak kurang..Biarpun Teman adalah AJK KSKM Perak tapi Teman lebih suka melihat sesuatu dari sudut dan pandangan mata hati ahli-ahli biasa yang memberi komen meluahkan rasa terkilan dan kecewa mereka pada Teman.Benar ada pro dan kontranya..Cuma dari satu sudut matlamat program tersebut memang baik dan bertepatan dengan matlamat dan dasar perjuangan KSKM itu sendiri.Cuma mungkin perlaksanaan nya yang Teman rasa ada sedikit masalah dan nampak agak celaru serta memberi ruang yang agak banyak untuk dipertikaikan oleh ahli.Apa pun dalam Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan sebelah petang selepas itu perkara ini dibangkitkan sendiri oleh AJK yang datang.Sekali lagi Teman rasa AJK negeri Perak yang ada sekarang ini memang mempunyai keterbukaan sikap yang cukup ketara.Soal menjaga nama rakan-rakan dikalangan AJK tak timbul kerana rata-rata AJK yang ada berani mengkritik kesilapan dikalangan AJK sendiri.Bagi Teman ini satu transformasi yang sedang berlaku..sebagai orang yang masih baru dalam KSKM Teman melihat masih ada ruang untuk kita sama-sama membetulkan kesilapan dan kecacatan yang berlaku ini
Apa pun bila Teman baca komen mamat tanjung dalam ruangan chet blog ini .Keyakinan terhadap KSKM yang sedang Teman cuba pupuk dan baja ini tergugat juga walaupun sedikit. Jika benarlah dakwaan tersebut ,KSKM ni sebenarnya berada dalam bahaya dan diambang kemusnahan.Cuma Teman harap sangat-sangat mamat tanjung dapat berikan bukti dan tolong bawa perkara ini dalam mesyuarat agong di Langkawi nanti..Kalau benar seperti yang didakwa Teman rasa KSKM Pusat perlu adakan segera EGM bagi membetulkan segala penyelewengan yang didakwa Mamat Tanjung kerana Teman takut KSKM akan Terkafan dengan sendirinya jika kemungkaran ini dibiarkan berleluasa...
Salam Dari Teman...Jumpa lagi
TIPS MINGGU INI
10 SIFAT PEMIMPIN HEBAT
MILIKI VISI YANG BERPANDANGAN JAUH.
- Ia merangkumi visi untuk diri sendiri, pasukan, dan organisasi anda. ‘Pakejkan’ visi ini dan berkongsilah dengan yang lain.
- Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari atau sebaliknya?
SANGGUP AMBIL RISIKO.
- Berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko ada di mana-mana, yang membezakannya sama ada besar atau kecil.
- Menyahut cabaran bermakna anda bersedia untuk mengambil risiko.
- Mereka yang gagal untuk menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.
BERIKAN DORONGAN KEPADA ORANG LAIN UNTUK BERKREATIF DAN BERINOVATIF.
- Itulah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk ‘dipengaruhi’ oleh idea-idea baru.
- Orang yang tidak bersedia menerima idea baru bukanlah orang yang baik untuk menjadi pemimpin.
JANGAN TAKUT MEMBUAT KESILAPAN.
- Belajarlah daripada kesilapan dari semasa ke semasa. Elakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama.
- Jangan menyorokkan kesilapan anda dengan menipu mereka. Lambat laun ia akan terbongkar jua
LIBATKAN SEMUA ORANG.
- Jangan beraksi seorang diri. Ia bukan sahaja akan memenatkan anda, bahkan orang lain akan berasa diabaikan.
- Mereka rasa tidak dihargai kewujudannya. Walau apa jua jawatan dan kedudukan, mereka semua mempunyai potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif.
JADILAH SEORANG YANG FLEKSIBEL DAN ADAPTIF.
- Anda perlu ada kemahiran untuk mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa.
- Bekerja samalah dengan orang lain yang boleh membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.
LEBIH BAIK JIKA ANDA SERBA BOLEH.
- Pemimpin yang boleh mencangkupi pelbagai urusan akan lebih dihormati dan disegani. Kerana apa?
- Kerana anda dikira memahami kerja sebenar yang dihadapi oleh mereka.
- Dengan itu, keputusan dan arahan anda akan lebih disenangi dan diterima oleh mereka.
BERILAH LATIHAN DAN PENINGKATAN DIRI.
- Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu ‘pelaburan’ jangka panjang.
- Anda boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.
GALAKKAN KERJA BERPASUKAN.
- Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama.
- Berikanlah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan).
- Dengan itu, mereka akan diperkasakan serta akan menjadi lebih berdikari.
GANJARILAH MEREKA YANG TELAH MELAKUKANNYA DENGAN BAIK.
- Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji, dan banyak lagi.
- Apa yang penting; gunakan kuasa GANJARAN!
Apa Yang Penting Sebagai Pemimpin ialah bukan apa yang berlaku semasa anda berada disitu tetapi apa berlaku semasa anda tiada disitu…RENUNGKANLAH