27 August 2015

KUALA KANGSAR - Bertempat di Kelab Idris, Kuala Kangsar berlangsung sesi talimat Pengerusi KSKM Cawangan Perak kepada Jawatankuasa Pengelola Daerah Kuala Kangsar.
Zhaharuddin Bin Hj Mohd Ali dalam taklimatnya mangharapkan fokus dan kerjasama seluruh jawatankuasa pengelola.
 
Taklimat oleh Pengerusi KSKM Cawangan Perak




Antara isu dan perbincangan sepanjang tempoh berkenaan, hasil dapatan pertemuan dengan pegawai eksekutif PPD  Kuala Kangsar, perlaksanaan kerja-kerja pembersihan, kursus dan waktu bertugas.
Jawatankuasa pengelola turut diamanahkan agar memastikan perjalanan aktiviti dan program di daerah Kuala Kangsar berlangsung dengan lancar dan telus.  Surat pelantikan jawatankuasa pengelola turut diserahkan pada majlis berkenaan.

Antara tenaga kerja Jawatankuasa Pengelola Daerah Kuala Kangsar

Selamat melaksanakan tanggungjawab.
 

Perak Tengah : Jamuan perpisahan

PERAK TENGAH - Satu majlis jamuan perpisahan diadakan di sini, meraikan rakan sejawat yang ditawarkan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba gred KB29. Yang diraikan Mohd Fakhri bin Mohamad Yusof ketika ini bertugas di SMK Changkat Lada, Seberang Perak. Beliau bakal menjalani latihan di Kuala Kubu Bharu, Selangor mulai 1 September 2015.
Penyerahan cenderamata

Menurut Ainun Jawahir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Perak majlis diadakan secara ringkas dan sederhana di salah sebuah restoran dekat sini. Turut memeriahkan majlis rakan-rakan pembantu makmal daerah Perak Tengah.

Gambar kenang-kenangan
Seluruh Jawatankuasa KSKM Cawangan Perak merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan pemilihan Mohd Fahkri sebagai Penolong Penguasa Bomba gred KB29. Selamat maju jaya, tahniah!


21 August 2015

Penangguhan Perlaksanaan : Peperiksaan Pusat Amali Sains SPM 2016

KENYATAAN MEDIA  
PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS 
SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS  
BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016
    
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.  
 
Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi.  
 
Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawai yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan.  
 
Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini.    
 
 
Lembaga Peperiksaan Kementerian 
Pendidikan Malaysia    
Ogos 2015 

Sumber: http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4931

19 August 2015

Kunjungan hormat Jawatankuasa Pengelola KSKM Kinta Utara ke PPD Kinta Utara



IPOH: Jawatankuasa Pengelola KSKM bagi daerah Kinta Utara kelmarin telah melakukan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara (PPDKU). Kunjungan berkenaan adalah julung kali dilakukan bagi sesi 2015 – 2017. Jawatankuasa ini disambut oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Tuan Haji Hasni bin Hasshim dan pegawai di pejabat berkenaan.


Perbincangan turut dihadiri oleh Pegawai Eksekutif PPDKU memfokuskan pengurusan latihan pembantu makmal, sahsiah dan disiplin. Antaranya jadual waktu tugas anjal di mana terdapat pengurusan sekolah yang membenarkan AKP balik awal atas budi bicara.

Perbincangan ketika sedang berlangsung
Pembantu makmal di sini turut diminta bertimbang rasa dengan ketua jabatan jika diminta  melakukan kerja yang bukan hakiki dengan syarat ianya tidak dijadikan sebagai suatu kerja yang rutin. Pihak PPDKU memaklumkan telah mengenalpasti segelintir di kalangan anggota kumpulan pelaksana (AKP) di daerah ini yang menyalahguna surat pelepasan seminar atau kursus, AKP berkenaan tidak menghadirkan diri ke seminar atau kursus.

Pegawai Eksekutif PPDKU turut menasihatkan mana-mana AKP yang melakukan sebarang pekerjaan di luar memohon kebenaran dari Unit Tatatertib untuk kebenaran melakukan luar agar dapat menghindari permasalahan di kemudian kelak. Jelas beliau, ada di kalangan AKP ini melakukan kerja-kerja sampingan hingga lewat malam dan lewat hadir ke tempat kerja pada pagi berikutnya.

Gambar kenangan bersama-sama Tn Hj Hasni bin Hasshim
Maklum balas dari Tuan Haji Hasni bin Hasshim, beliau sedia membantu mendapatkan peruntukan bagi kursus pembantu makmal pada cuti persekolahan hujung tahun ini. Jawantankuasa Pengelola KSKM diminta menyediakan kertas kerja untuk kursus amali untuk tempoh selama 3 hari. Kerjasama dan hubungan baik KSKM dan PPDKU diharap berterusan terutama dibarisi oleh jawatankuasa pengelola yang berkaliber.

Pembantu Makmal Melecur Akibat Kerosakan Penunu Mudah Alih

8.8.2015

KERIAN: Seorang pembantu makmal di sini telah mengalami kelecuran akibat disambar nyalaan api dari penunu mudah alih. Johari Husin ketika itu bersama-sama rakan setugas sedang mengendalikan latihan pengendalian dan membaikpulih penunu di makmal SMK Kerian, Parit Buntar. Kebocoran gas pada salah satu daripada penunu mudah alih menyambar sumber api berhampiran yang turut menyambar badan mangsa.

KSKM Perak difahamkan mangsa yang juga ahli kesatuan ini, telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan pulang. KSKM Perak diwakili oleh Sao’nah Napiah dan wakil pembantu makmal Kerian telah melawat mangsa baru-baru ini dirumahnya.

Seluruh warga pembantu makmal haruslah mengambil langkah-langkah pencegahan bertujuan meminimumkan risiko keselamatan diri. Sebagai individu yang bekerja dengan persekitaran yang serba kekurangan dan dikelilingi dengan bahaya elektrik, gas, bahan kimia dan alatan kaca, amalan keselamatan wajib diutamakan.