22 October 2012

INFO TERKINI : Berita terkini untuk info dan tindakan Pembantu Am Pejabat yang pernah bertugas di Makmal Sains. Pada Hari Sabtu 20.10.2012 Pihak KSKM Pusat dan JPA telah berbincang mengenai tukar lantik PAP ke jawatan PM . Keputusannya JPA telah bersetuju untuk memproses semula program tukar lantik PAP kepada Pembantu Makmal C17 dengan bersyarat, PAP tersebut pernah dan telah berkhidmat di makmal. Harap semua PM dapat menghebahkan kepada PAP yang berkenaan dan mengambil beberapa tindakan dengan segera. Ini adalah usaha berterusan KSKM Pusat untuk membantu sedaya upaya yang boleh untuk membantu PAP Makmal : 1) Fotostat seluruh mukasurat Buku Perkhidmatan (jika terdapat lebih dr 1..fotostat semua.) 2) Fotostat semua sijil-sijil akademik, kursus, APC dan segala sebagai sokongan kemudian hantar kepada Wakil KSKM Daerah masing-masing selewat-lewat 30 Oktober 2012. Mesyuarat KSKM negeri akan diadakan lebih kurang 2 minggu dari sekarang. Segala Dokumen, wakil-wakil Daerah hendaklah segera menyerahkannya kepada Setiausaha KSKM Negeri Perak : Puan Khuzaimah Zainudin. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Khuzaimah Zainudin, SU KSKM Negeri Perak.