12 March 2010

Taklimat Pengurusan Makmal Sains Negeri Perak


En. Ashaari sedang menyampaikan Taklimatnya



Sebahagian wakil-wakil Daerah Seluruh Negeri Perak sedang mendengar taklimat.




Satu Majlis Taklimat Pengurusan Makmal Sains kepada Pembantu Makmal Negeri Perak telah berlangsung pada 11 Mac 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) , Jalan Tawas Baru Utara, 30010 Tasek Damai, Ipoh.

Seramai 50 peserta kursus mewakili 10 Daerah di Seluruh Negeri Perak telah hadir di Taklimat tersebut.

Kursus ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Perak Dengan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Negeri Perak.

KSKM Cawangan Negeri Perak telah menjemput Setiausaha Agung KSKM Pusat iaitu En, Ashaari B. Maarof , PPW untuk menyampaikan taklimatnya.

Di harap dengan adanya taklimat tersebut dapatlah wakil-wakil Daerah ini menyampaikan infomasi terkini tentang Pengurusan Makmal Terkini kepada semua Pembantu Makmal di seluruh Negeri Perak.