01 November 2011

SPBA



SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
26/10/2011


KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.

26 August 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP N 1 DAN N 4 OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




Adalah di maklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpulkan Maklumat mengenai Pembantu Am Pejabat yang telah dan sedang berkhidmat di Makmal Sains di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila hebahkan kepada mereka mengenai perkara tersebut. Pengumpulan maklumat itu di tutup pada 23 September 2011.

Sila layari Laman Web ini :




26 July 2011

TAKLIMAT ORIENTASI PEMBANTU MAKMAL BARU BAGI NEGERI PERAK.


En Johari , Jurulatih Utama KSKM Perak sedang menyampaikan ceramahnya kepada semua PM yang baru.












Pn. Khuzaimah Setiausaha KSKM Perak sedang menyampaikan taklimatnya.

















23 July 2011

MAJLIS SUAIKENAL DAN PEMBERIAN SURAT PENEMPATAN OLEH JPN PERAK.



Pengerusi dan AJK KSKM Cawangan Negeri Perak mengucapkan selamat datang kepada semua Warga Baru Pembantu Makmal Negeri Perak ke Hotel Sri Malaysia, Ipoh, Perak pada 25.7.2011 hingga 26.7.2011. Tahniah dan selamat bertugas di Makmal-makmal Sains seluruh Negeri Perak. Bertugaslah dengan Cemerlang demi pendidikan anak bangsa Malaysia.






14 June 2011

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN DAN PEMURNIAN SENARAI TUGAS & FAIL MEJA PEMBANTU MAKMAL GRED C 17, C 22 DAN C 26 ANJURAN BHG. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA , KPM.








Bengkel ini berlangsung di Hotel Heritage, Ipoh dari 8 Jun hingga 11 Jun 2011. Seramai 40 perserta terdiri dari 30 Pembantu Makmal C 17, C 22 dan C2 6, Pegawai Pelajaran dan Ketua-ketua Bidang Sains telah hadir di Bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaikan dan memurnikan Senarai Tugas dan Fail Meja bagi Jawatan Pembantu Makmal di Sekolah harian, Teknik / Vokasional, Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi dan Institiut Perguruan di seluruh Malaysia. Hasil Bengkel ini akan di serahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk di perhalusi dan mendapat kelulusan rasmi dan di guna pakai di seluruh Malaysia.