Untuk pengetahuan semua Pembantu Makmal 5 lagi Kursus Keselamatan dan Pengurusan Makmal Sains anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dengan kerjasama KSKM Negeri Perak akan di adakan di Daerah-daerah seperti berikut :
30.05.2011 ( ISNIN )
DAERAH HILIR PERAK
TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.
31.05.2011 ( SELASA )
DAERAH KUALA KANGSAR
TEMPAT : DEWAN SMK TUN PERAK, PADANG RENGAS, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
Penceramah Khas : Pegawai Jabatan KImia Negeri Perak.
1.06.2011 ( RABU )
DAERAH KINTA SELATAN
TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.
2.06.2011 ( KHAMIS )
DAERAH BATANG PADANG.
TEMPAT : DEWAN SMK TAPAH, TAPAH, PERAK.
MASA ; 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.
3.06.2011 ( JUMAAT )
DAERAH KERIAN.
TEMPAT : DEWAN SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG, PARIT BUNTAR,
PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.
Di jemput semua Pembantu Makmal di Daerah-daerah tersebut hadir. Kehadiran diwajibkan. Surat Panggilan kursus akan di edarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak.
Untuk pengetahuan 5 Daerah yang lain sudah melaksanakan kursus tersebut pada bulan Mac 2011 yang lalu.
19 May 2011
11 May 2011
CUEPACS PUAS HATI PENILAIAN 360 DARJAH

CUEPACS puas hati penilaian 360 darjah
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/05/11
Kongres mahu bincang semula pelarasan gaji, elaun
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada dasarnya berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan penilaian tahap kecekapan (PTK) menggunakan konsep 360 darjah yang diperjelaskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan hampir empat jam semalam.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata berasaskan perbincangan setakat ini, pihaknya mendapati ada perubahan berbanding PTK yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mereka akan adakan perjumpaan lanjut dengan JPA.
“Buat masa sekarang, CUEPACS mencapai persefahaman dengan JPA untuk membincangkan isu ini secara tertutup dan kita akan kemukakan semua syor kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah) dalam perjumpaan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Akhbar ini kelmarin melaporkan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.
Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan membincangkan semula isu pelarasan gaji, Elaun Sara Hidup (COLA) dan elaun perumahan pada mesyuarat kesatuan di Lumut, Perak pada 26 dan 27 Mei ini bagi menentukan permohonan yang hendak dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Antara lain, CUEPACS meminta kerajaan mengkaji kenaikan elaun perumahan sedia ada, terutama bagi kakitangan gred 1 hingga 40, iaitu daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk kakitangan gred 41 ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.
Bagi COLA pula, kesatuan itu menuntut bayaran sama rata RM300 berbanding amalan sekarang yang mana kakitangan awam di bandar besar dibayar RM300, bandar kecil (RM200), manakala RM100 dibayar kepada mereka di luar bandar.
Dari segi pelarasan gaji pula, Osman menggesa proses itu disegerakan kerana kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 kakitangan awam rendah bergaji kurang RM2,000 sebulan dilaporkan terpaksa membuat kerja kedua atau kerja sampingan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.
“Ini kerana kos sara hidup dan harga barangan keperluan seharian sudah meningkat, malah hari ini (semalam) gula naik 20 sen. Saya khuatir prestasi kerja kakitangan awam yang melakukan dua kerja atau kerja sambilan terjejas.
“Kita tidak boleh larang mereka bekerja, malah sudah ramai yang bekerja sebagai pemandu teksi, kakitangan stesen minyak atau di kompleks beli belah. Cuma jangan buat kerja berisiko sehingga menjejaskan tugas hakiki,” katanya.
Omar berkata, semua perkara itu akan dibincang pada peringkat CUEPACS terlebih dulu akhir bulan ini sebelum dipanjangkan kepada Perdana Menteri, seboleh-bolehnya dalam bulan ini juga sempena sambutan Bulan Pekerja.
Katanya, kesatuan sekerja itu memutuskan tidak mengemukakan tuntutan terbabit dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri pada tahun lalu atas kesedaran keadaan ekonomi ketika itu tidak mengizinkan.
Label:
Berita Cuepacs Malaysia
27 April 2011
SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS MALAYSIA DI IPOH, PERAK 2011

Moh kita ahli-ahli KSKM Negeri Perak memeriahkan sambutan Hari Pekerja Cuepacs Malaysia di Bandaraya Ipoh. Perak menjadi tuan rumah pada tahun ini. Berbagai-bagai acara menarik disediakan untuk semua ahli dan Penjawat Awam seluruh Negara. Sambutan berlangsung dari 29.04.2011 hingga 1. 05.2011.
Kepada semua ahli kskm @ Cuepacs dari seluruh Malaysia, KSKM Perak mengucapkan Selamat Datang Ke Negeri Perak, anda pasti akan bergembira di Negeri Perak.
29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 9.00 Pagi Berkumpul di Dewan Bulan
Lawatan ke Gunung Helang dan Kuala Kangsar.
29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 3.00 Petang, Tempat : Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh
Seminar serta Dialog bersama Presiden Cuepacs Dato' Omar Osman.
29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 6.30 Petang, Tempat : Masjid Negeri Perak, Ipoh
Forum Hal Ehwal Islam
Seminar serta Dialog bersama Presiden Cuepacs Dato' Omar Osman.
29.04.2011 ( Jumaat ) Jam : 6.30 Petang, Tempat : Masjid Negeri Perak, Ipoh
Forum Hal Ehwal Islam
30.04.2011 ( Sabtu ) Pagi - Petang Tempat : Kompleks Sukan DBI dan Pusat Bowling Ampang, Ipoh.
Perlawanan Persahabatan Sukan
30.04.2011 ( Sabtu ) Jam : 7.30 Malam : Tempat : Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak.
Majlis Makan Malam bersama YAB Menteri Besar Perak.
1.05.2011 ( Ahad ) Jam : 8.00 Pagi : Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2011
Majlis Makan Malam bersama YAB Menteri Besar Perak.
1.05.2011 ( Ahad ) Jam : 8.00 Pagi : Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja 2011
Untuk mendapatkan Aturcara yang lengkap sila layari Laman Blog Cuepacs Perak :
Label:
Berita Cuepacs Malaysia
21 March 2011
DI SEKITAR KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DI 5 DAERAH NEGERI PERAK :
Dewan Kuliah SMK Methodist (ACS), Sitiawan, Perak yang sungguh selesa. Dewan ini belum dirasmikan lagi, pertama kali digunakan pada kursus ini.
18.03.2011 : DAERAH MANJUNG, SITIAWAN, PERAK.
En. Ramlee, Penolong Pengarah dari Jabatan Kimia Negeri Perak bersama En. Roslan Bin Kassim dari SMK Sains Tun Azlan Shah ( Seratas ).
17.03.2011 : DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA, TAIPING.
Tn. Hj. Mat Jaafar, Ketua Unit Latihan Jabatan Pelajaran Negeri Perak sedang menyampaikan ceramahnya.
16.03.2011 : DAERAH KINTA UTARA
08 February 2011
GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM
Bernama
7/2/2011
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.
"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.
Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.
Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.
Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.
Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.
Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.
Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.
Label:
Berita Cuepacs Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)