29 June 2009

MESYUARAT MAJLIS KONGRES CUEPACS MALAYSIA










IPOH 27.6.2009. Mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs Malaysia telah di adakan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Presiden Cuepacs, Ahli Majlis Kongres Cuepacs, wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan ahli Cuepacs seluruh Malaysia.

MAJLIS MAKAN MALAM CUEPACS 2009 BERSAMA MENTERI BESAR PERAK










IPOH - 26.6.2009. CUEPACS bahagian Negeri Perak telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2009. Majlis ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. 500 orang yang hadir terdiri dari Majlis Tertinggi Cuepacs, Ahli Kongres, Kesatuan Gabungan Cuepacs dan kakitangan-kakitangan kerajaan Negeri Perak. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Cuepacs Perak iaitu Sdr. Abdul Jalil bin Hj Yang, dalam ucapan beliau memaklumkan Cuepacs Perak adalah merupakan bahagian yang aktif didalam menganjurkan program, aktiviti, seminar dan juga penerangan isu-isu semasa.

Ucapan Presiden Cuepacs mengharap majlis bersama Y.A.B Menteri Besar Perak , Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai jambatan yang menyambungkan pihak pekerja dan Kerajaan Negeri Perak.

Ucapan Y.A.B Dato, Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir memaklumkan bahawa Cuepacs telah memainkan peranan yang besar dalam memperjuankan kebajikan Warga Perkhidmatan Awam dan juga menjayakan wawasan dan perancangan kerajaan. Setiap kita harus mempunyai perasaan bangga, bersemangat tinggi untuk menjadi warga perkhidmatan yang mempunyai iltizam dan komited terhadap tanggunjawab masing-masing dan berusaha mempamerkan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Semangat kerja berpasukan hendaklah sentiasa diberi perhatian serius agar matlamat " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan " tercapai.

Majlis Makan Malam Cuepacs berjalan dengan lancar. Tetamu di hidangkan dengan tarian dan nyanyian dari kombo Dewan Bandaraya Ipoh.

Seramai 10 orang ahli dari Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Negeri Perak telah menghadiri majlis makan malam tersebut. Mereka telah berkesempatan berbincang semeja dengan Presiden Cuepacs Tn Hj. Omar Bin Osman tentang pemasalahan KSKM.

Cabutan bertuah juga diadakan dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Majlis berakhir pada jam 11.15 malam.

KURSUS PEMANTAPAN PEMBANTU MAKMAL 2009










PENGKALAN HULU 22 JUN 2009. Kursus Pemandapatan Pembantu Makmal ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Perak dengan kerjasama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Perak (KSKM). Kursus ini berlangsung di Chalet Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak dari 22 hingga 25.6.2009. 40 orang Pembantu Makmal dari seluruh Negeri Perak telah menghadiri kursus tersebut.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KSKM NEGERI PERAK KALI PERTAMA 2009






IPOH 13 JUN. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KSKM kali pertama telah berlangsung pada 13.6.2009 bertempat di Restoran Nusantara, Medan Gopeng, Ipoh jam 8.30 pagi.
Mesyuarat ini telah di hadiri oleh :

Pengerusi KSKM Perak : En. Zhaharudin Bin Md. Ali
Setiausaha : Pn. Khuzaimah Bt. Zainuddin
Penolong Setiausaha : Norhashikin Bt. Ahmad Jamuin
Bendahari : En. Tan Eng Wat

AJK : En. Ruzlan Bin Hj. Ramli
: Pn. Rahaiyu Bt. Hasan
: Pn. Rohani Bt. Mohd. Sapardi

Wakil Cuepacs Perak : Pn. Vimaladevi A/P Krishnan


Mesyuarat telah tamat pada jam 1.00 tengahari.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 10 KSKM CAWANGAN PERAK








IPOH 02 Jun 2009. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke 10 Cawangan Perak telah di adakan pada 2.6.2009 jam 8.30 pagi di Hotel Hillcity, Ipoh. Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Presiden KSKM En Hamran B. Hj. Ahmad. Seramai 122 orang ahli telah menghadiri mesyuarat Agung Dwi Tahunan ini. Setiusaha Agung KSKM En. Ashaari B. Maarof turut serta di dalam Mesyuarat tersebut. Pada Mesyuarat Agung ini juga diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Perak. En. Zhaharudin Bin Md. Ali dari SMK Seri Ampang, Ipoh telah berjaya di dalam pengundian untuk menjadi Pengerusi Baru KSKM Cawangan Perak. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang baru dilantik. Di harapkan dengan adanya AJK KSKM yang baru ini akan dapat memantapkan KSKM Perak menuju kecemerlangan membantu ahli-ahli KSKM Perak demi untuk memartabatkan Pembantu Makmal ke aras yang tinggi.