KUALA LUMPUR 22 Disember - Penyerahan memorandum KSKM Perak kepada Presiden CUEPACS, Datuk Hj Azih Bin Muda telah dilakukan oleh Saudara Shuhaimi bin Dato' Othman merangkap Pengerusi CUEPACS Negeri Perak bertempat di Wisma CUEPACS dekat sini.
Penyerahan Memorandum KSKM Perak kepada Presiden CUEPACS |
Memorandum ini sebelum ini telah diserahkan kepada Pengerusi CUEPACS Perak oleh Saudara Zhaharudin bin Md Ali, Pengerusi KSKM Cawangan Perak pada 18 Disember 2015 untuk dipanjangkan kepada Presiden CUEPACS dan pihak-pihak berkenaan.
KSKM Perak mengucapkan jutaan ucapan terima kasih di atas kesudian Saudara Pengerusi CUEPACS Negeri Perak sebagai orang tengah dalam penyerahan memorandum. Diharapkan memorandum ini akan membuka lembaran baru kepada khususnya KSKM Perak dan seluruh warga KSKM.
Kerjasama Kukuh Maju.