HILIR PERAK 13 Disember - Bertempat di Balai Bomba & Penyelamat Hutan Melintang telah berlangsung kursus Kebombaan yang disertai seramai 70 orang termasuk 4 orang ahli KSKM Perak.
|
Peserta wanita KSKM Perak |
Sepanjang tempoh 2 hari kursus yang berlangsung dari jam 8,00 pagi hingga 11.00 malam, peserta didedahkan dengan pengetahuan kebombaan seperti kawad hos, mengenali alatan pemadaman api yang digunakan oleh Bomba, kemahiran mengangkat dan menyelamatkan mangsa, mengangkat tangga bomba, teknik menurunkan mangsa dari bangunan tinggi.
|
Teknik menggulung hos penghantar sepanjang 100 kaki (33 meter) |
Peserta juga berpeluang melakukan demontrasi sebenar pemadaman kebakaran menggunakan kelengkapan pemadaman api dengan kekuatan air 6 bar hingga 10 bar yang menguji kekuatan fizikal dan mental. Di sebelah petang, peserta diberi peluang untuk peluang menuruni (abseiling) bangunan menara setinggi 5 tingkat.
|
Menuruni menara 5 tingkat |
Kecekalan dan ketahanan daya diri yang tinggi membolehkan wakil KSKM ditauliahkan sebagai anggota kebombaan RELA yang pertama di Malaysia dan khususnya di negeri Perak.
|
Pn Salmah Moh Shuib - AJK KSKM Perak |
|
Pn Maimunah, 54 tahun - Ahli KSKM |
Tahniah diucapkan.