LARKIN - Telah berlangsung Mesyuarat Persidangan Perwakilan KSKM Kali Ke-13 pada 22-25 Oktober 2015 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Perwakilan KSKM Perak diketuai oleh saudara Pengerusi KSKM, 7 orang perwakilan dan seorang pemerhati hadir ke Persidangan Perwakilan berkenaan.
|
Ketika keretapi berhenti di KL Sentral |
Perjalanan kesemua perwakilan dan pemerhati KSKM Perak menggunakan perkhidmatan KTMB Senandung Sutera di mana 4 orang berkumpul di stesen keretapi Ipoh, 3 orang berkumpul di stesen keretapi Batu Gajah dan 3 orang berkumpul di stesen keretapi Tapah Road. Menariknya kali ini, hampir kesemua perwakilan pertama kali menaiki keretapi dengan kemudahan tempat tidur dan merupakan suatu pengalaman berharga.
|
Saudari Ainon Jawahir, Hasrin Zakaria dan Sao'nah |
Setiba di Stesen JB Sentral, delegasi KSKM Perak dipandu arah oleh rakan ahli KSKM Johor saudara Ramdan (Pasir Gudang) dan saudari Sharinah (Johor Bahru) menaiki bas ke Larkin. Memandangkan perkhidmatan bas hanya sehingga stesen bas Larkin, delegasi KSKM Perak terpaksa berjalan kaki hampir 1 kilometer ke Hotel Seri Malaysia dan tiba di hotel berkenaan jam 9.00 pagi.
|
Sidang akhbar oleh Datuk Hj Azih b Muda |
Persidangan perwakilan kali ini , dirasmikan oleh Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS. Sebagai warga KSKM, kita bertuah kerana serba sedikit intipati dari pembentangan Bajet 2016 dijelaskan oleh Yang Berbahagia Datuk Presiden CUEPACS. Sebagaimana yang diketahui umum, kerajaan telah bersetuju ke atas semakan 252 skim di mana ianya turut meliputi skim Pembantu Makmal. Presiden CUEPACS turut beriltizam untuk memperjuangkan nasib pembantu makmal dan sedaya upaya untuk mengemukakan kepada pihak kerajaan agar elaun Hazard diberi pertimbangan kepada semua pembantu makmal.
|
Delegasi Perak bergambar kenangan |
.
|
Penerimaan Sijil Jawatankuasa Negeri |
Persidangan Perwakilan ini didominasi oleh pembahas dari Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan. Isu pematuhan tugas pembantu makmal, pembersihan, penugasan selain dari makmal dan kaedah penyampaian maklumat dari kementerian kepada semua peringkat antara isu yang dipersetujui sebagai isu peringkat nasional.
|
Saudara pengerusi dan Fairuz Hisham bersama Hj Hamran, Presiden KSKM |
|
Saudari Sao'nah bersama Datuk Hj Azih b Muda |
|
Saudara Zhaharudin dan Saudara Fairuz Hisham bersama Datuk Loke Yim Pheng, SUA CUEPACS |
Delegasi KSKM Perak berterima kasih di atas semangat setiakawan rakan-rakan KSKM Johor dan Selangor yang sudi menghantar delegasi ke stesen keretapi JB Sentral walaupun mereka tidak ditugaskan untuk transit oleh penganjur. [Terima kasih : Sharinah-Ucu(JB), Fiza(Kluang), Zul(Pontian), Khalid Syahdan (Banting, Selangor)]
|
Bertanya soalan |
|
Ucapan Penangguhan |
|
Barisan Pemeriksa Kertas Undi Sulit dan Pengawal |