22 January 2016

Perutusan 2016 Jawatankuasa KSKM Perak

IPOH 3 Januari - Peningkatan kualiti dan berkemahiran tinggi dalam aspek berkaitan perkhidmatan pembantu makmal sektor pendidikan adalah matlamat utama KSKM Perak sepanjang tempoh penggal 2015-2017. Jawatankuasa KSKM Perak sedar keupayaan dan kemampuan kewangan akan merencat perlaksanaan latihan, pembangunan dan perbengkelan yang telah dirancang. Dalam merealisasikan matlamat dan rancangan, KSKM Perak berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan sumber kepakaran, kewangan dan lokaliti untuk perlaksanaan perancangan.

Sebagaimana yang diketahui pada tahun 2015 kepimpinan KSKM Perak penggal 2015-2017 telah mengorak langkah dalam meremajakan KSKM Perak. Pengaktifan semula blog kskmnegeriperak.blogspot.my dan dimuatkan dengan infomasi semasa telah dijayakan walau pun berdepan dengan kekangan masa serta pergerakan terbatas Setiausaha KSKM Perak. Alhamdulillah, jawatankuasa pengelola bagi semua daerah di negeri Perak telah berjaya dilaksanakan dan gerak kerja pengumpulan data serta statistik berhubung kait perkhidmatan pembantu makmal di negeri Perak telah pun hampir selesai.


Semua pembantu makmal di negeri Perak juga diharap bersatu hati dan bersama-sama KSKM dalam memperjuangkan kebajikan dan manfaat ahli KSKM. Sesi penggal 2015 - 2017 adalah tahun-tahun yang getir di mana seluruh Malaysia merasai kesan penurunan harga minyak global yang turut mempengaruhi nila matawang negara. Sungguh pun dalam suasana ekonomi yang mencabar, pembantu makmal diharap dapat melipat ganda usaha dalam menjayakan misi pendidikan negera berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Tahun 2016 adalah tahun perlaksanaan Sukan KSKM Negeri Perak 2016 yang dijangka bakal dihoskan di daerah Hilir Perak. Seluruh jawatankuasa KSKM Perak mengharapkan semua ahli KSKM Perak turut serta menjayakan program sukan dan riadah kali ini. Berkonsepkan 'beriadah sambil melawat' adalah pendekatan yang diambil kali ini. Moh kita ke Hilir Perak.

Seluruh Jawatankuasa KSKM Perak mengharapkan kerjasama, semangat berpasukan, komited dan berintegriti ditonjolkan seluruh warga pembantu makmal negeri Perak Darul Ridzuan.

[Petikan dan intipati dari Mesyuarat Jawatankuasa KSKM Cawangan Perak Bilangan 1 Tahun 2016 telah berlangsung di Dewan Mesyuarat Seri Utama, SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak yang dihadiri semua Jawatankuasa KSKM Cawangan Perak.]

Dari Ahli, Kepada Ahli.

Salam hormat dari
Pengerusi KSKM Perak
Setiausaha KSKM Perak
Bendahari KSKM Perak
AJK KSKM Perak