28 December 2015

Memorandum KSKM Perak : Penyerahan Kepada Presiden CUEPACS

KUALA LUMPUR 22 Disember - Penyerahan memorandum KSKM Perak kepada Presiden CUEPACS, Datuk Hj Azih Bin Muda telah dilakukan oleh Saudara  Shuhaimi bin Dato' Othman merangkap Pengerusi CUEPACS Negeri Perak bertempat di Wisma CUEPACS dekat sini.
Penyerahan Memorandum KSKM Perak kepada Presiden CUEPACS

Memorandum ini sebelum ini telah diserahkan kepada Pengerusi CUEPACS Perak oleh Saudara Zhaharudin bin Md Ali, Pengerusi KSKM Cawangan Perak pada 18 Disember 2015 untuk dipanjangkan kepada Presiden CUEPACS dan pihak-pihak berkenaan.

KSKM Perak mengucapkan jutaan ucapan terima kasih di atas kesudian Saudara Pengerusi CUEPACS Negeri Perak sebagai orang tengah dalam penyerahan memorandum. Diharapkan memorandum ini akan membuka lembaran baru kepada khususnya KSKM Perak dan seluruh warga KSKM. 

Kerjasama Kukuh Maju.

23 December 2015

Memorandum KSKM Perak : Berhubung Penempatan Pembantu Makmal Di Pejabat Pentadbiran dan Tugas-Tugas Pembantu Makmal

     KSKM Cawangan Perak menerusi Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2015 pada 30 haribulan November 2015 bertempat di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak Darul Ridzuan telah sebulat suara memperakukan pembentukan Memorandum dengan tujuan menyampaikan maklumat dan perincian skop, tugasan dan perlaksanaan pentadbiran makmal di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya negeri Perak Darul Ridzuan.

Hakikatnya  banyak pihak yang masih kabur dan tidak memahami peranan dan tugas seorang pembantu makmal dalam perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan.

Dalam usaha memelihara hubungan baik, semangat setiakawan di kalangan kesatuan sekerja adalah menjadi harapan memorandum ini  sebagai medium perhubungan kepada semua pihak, KSKM tidak berhasrat mendesak atau mengaibkan mana-mana kesatuan mahu pun persatuan namun berharap penjelasan sewajarnya dapat menjernihkan keadaan.

Atas kapasiti kepentingan semua pihak terutama ahli KSKM Perak, kandungan memorandum dimuatkan dalam blog kskm ini.

[ KLIK GAMBAR UNTUK SAIZ  LEBIH BESAR ]
Pengerusi KSKM Perak menyerahkan Memorandum kepada Pengerusi CUEPACS Perak
Muka hadapan memorandum
Muka surat 1
Muka surat 2

Muka surat 3
Muka surat 4
 KSKM Perak 2015-2017

22 December 2015

Hilir Perak : Kursus Kebombaan

HILIR PERAK 13 Disember - Bertempat di Balai Bomba & Penyelamat Hutan Melintang telah berlangsung kursus Kebombaan yang disertai seramai 70 orang termasuk 4 orang ahli KSKM Perak.

Peserta wanita KSKM Perak
Sepanjang tempoh 2 hari kursus yang berlangsung dari jam 8,00 pagi hingga 11.00 malam, peserta didedahkan dengan pengetahuan kebombaan seperti kawad hos, mengenali alatan pemadaman api yang digunakan oleh Bomba, kemahiran mengangkat dan menyelamatkan mangsa, mengangkat tangga bomba, teknik menurunkan mangsa dari bangunan tinggi.
Teknik menggulung hos penghantar sepanjang 100 kaki (33 meter)

Peserta juga berpeluang melakukan demontrasi sebenar pemadaman kebakaran menggunakan kelengkapan pemadaman api dengan kekuatan air 6 bar hingga 10 bar yang menguji kekuatan fizikal dan mental. Di sebelah petang, peserta diberi peluang untuk  peluang menuruni (abseiling) bangunan menara setinggi 5 tingkat.
Menuruni menara 5 tingkat

Kecekalan dan ketahanan daya diri yang tinggi membolehkan wakil KSKM ditauliahkan sebagai anggota kebombaan RELA yang pertama di Malaysia dan khususnya di negeri Perak.
Pn Salmah Moh Shuib - AJK KSKM Perak
Pn Maimunah, 54 tahun - Ahli KSKM

Tahniah diucapkan.

Bengkel Kepimpinan & Pengurusan CUEPACS Perak

CAMERON HIGHLAND 9 Disember - Bengkel Kepimpinan dan Pengurusan telah berlangsung di Taman Argoteknologi MARDI, dekat sini. Bengkel ini merupakan anjuran CUEPACS Negeri Perak dan membabitkan gabungan kesatuan sekerja di negeri Perak.
Peserta KSKM

Zainal Ismail, Timbalan Presiden 1 CUEPACS telah merasmikan bengkel ini yang turut disertai kira-kira 60 orang peserta. KSKM Cawangan Perak diwakili saudara Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK dan seorang ahli KSKM.

Pegawai PTD JPA
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 7 Disember hingga 9 Disember merangkumi pengisian peranan MBJ, MBK oleh wakil-wakil Kesatuan yang disampaikan oleh Encik Adnan Mat selaku Pengerusi MBK Sains & Teknologi. Pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam turut mengisi slot menerusi Penerangan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang mula berkuatkuasa pada 15 November 2015 yang lalu. Pelan Transformasi dalam perkhidmatan awam turut mendapat perhatian semua peserta bengkel.

Wakil KSKM merupakan antara yang paling aktif dalam sesi soal jawap di mana mendominasi kebanyakan soalan berhubung exit policy dan pelan transformasi.

Diharapkan semua info yang diperolehi sepanjang bengkel ini akan dijadi sumber perkongsian maklumat bersama-sama ahli KSKM Perak khususnya.

Mesyuarat KSKM Negeri Perak & Wakil Daerah

IPOH 30 Nov - Mesyuarat KSKM Negeri Perak kali ke 4 telah diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) dekat sini. Barisan jawatankuasa KSKM Negeri Perak dan wakil daerah telah bermesyuarat dan membentangkan perancangan bagi sepanjang tempoh tahun 2016 - 2017. Mesyuarat turut dihadiri oleh Saudari Puteh binti Rejab, Timbalan Presiden KSKM Pusat yang dipilih baru-baru ini.

Menurut saudara Zhaharudin bin Mat Ali, mesyuarat kali ini telah berjaya menghimpunkan semua wakil-wakil dari semua daerah di negeri Perak. Setiap daerah membentang dan mengutarakan perancangan bagi tempoh sepanjang tahun 2016 hingga 2017.

Kehadiran AJK KSKM Perak & Wakil Daerah
Sungguh pun majlis berkenaan tidak dihadiri oleh Setiausaha KSKM Negeri Perak yang berkursus wajib di Sungai Petani, mesyuarat telah sebulat suara mencapai kesepakatan berhubung isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembantu makmal di negeri Perak. Di dalam mesyuarat berkenaan KSKM Negeri Perak  akan mengemukakan memorandum kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan hasrat memurnikan perjalanan kerjaya pembantu makmal khususnya di Perak dan seluruh Malaysia amnya.

Adalah menjadi harapan agar seluruh perancangan KSKM Perak dapat dilaksanakan demi kebajikan dan kepentingan pembantu makmal di Perak.