18 April 2013

MAKLUMAT TERKINI : Setiausaha KSKM Cawangan Negeri Perak sudah mengedarkan Surat kepada semua ahli berdaftar KSKM seluruh Negeri Perak secara pos, maklumat mengenai : 1. Notis Awal Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan. 2. Pencalonan Jawatankuasa Ibu Pejabat / Cawangan. 3. Borang Pencalonan Pemilihan Perwakilan Tritahunan Cuepacs 2013. Semua borang pencalunan hendaklah disempurnakan dan dihantar semula menggunakan sampul berstem yang telah disediakan sebelum 30 April 2013. Penerimaan borang pencalonan selepas dari tarikh tersebut tidak akan diambil kira. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus Pn. Khuzaimah SU KSKM Cawangan Negeri Perak di talian : 012-5370813. Harap maklum buat semua ahli KSKM Cawangan Negeri Perak.