19 May 2011

KURSUS KESELAMATAN DAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS 2011

Untuk pengetahuan semua Pembantu Makmal 5 lagi Kursus Keselamatan dan Pengurusan Makmal Sains anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dengan kerjasama KSKM Negeri Perak akan di adakan di Daerah-daerah seperti berikut :

30.05.2011 ( ISNIN )

DAERAH HILIR PERAK

TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

31.05.2011 ( SELASA )

DAERAH KUALA KANGSAR

TEMPAT : DEWAN SMK TUN PERAK, PADANG RENGAS, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan KImia Negeri Perak.

1.06.2011 ( RABU )

DAERAH KINTA SELATAN

TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

2.06.2011 ( KHAMIS )

DAERAH BATANG PADANG.

TEMPAT : DEWAN SMK TAPAH, TAPAH, PERAK.
MASA ; 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

3.06.2011 ( JUMAAT )

DAERAH KERIAN.

TEMPAT : DEWAN SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG, PARIT BUNTAR,
PERAK.
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

Penceramah Khas : Pegawai Jabatan Kimia Negeri Perak.

Di jemput semua Pembantu Makmal di Daerah-daerah tersebut hadir. Kehadiran diwajibkan. Surat Panggilan kursus akan di edarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak.


Untuk pengetahuan 5 Daerah yang lain sudah melaksanakan kursus tersebut pada bulan Mac 2011 yang lalu.

11 May 2011

CUEPACS PUAS HATI PENILAIAN 360 DARJAH


CUEPACS puas hati penilaian 360 darjah

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/05/11

Kongres mahu bincang semula pelarasan gaji, elaun

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada dasarnya berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan penilaian tahap kecekapan (PTK) menggunakan konsep 360 darjah yang diperjelaskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan hampir empat jam semalam.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata berasaskan perbincangan setakat ini, pihaknya mendapati ada perubahan berbanding PTK yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mereka akan adakan perjumpaan lanjut dengan JPA.

“Buat masa sekarang, CUEPACS mencapai persefahaman dengan JPA untuk membincangkan isu ini secara tertutup dan kita akan kemukakan semua syor kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah) dalam perjumpaan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan membincangkan semula isu pelarasan gaji, Elaun Sara Hidup (COLA) dan elaun perumahan pada mesyuarat kesatuan di Lumut, Perak pada 26 dan 27 Mei ini bagi menentukan permohonan yang hendak dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, CUEPACS meminta kerajaan mengkaji kenaikan elaun perumahan sedia ada, terutama bagi kakitangan gred 1 hingga 40, iaitu daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk kakitangan gred 41 ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.

Bagi COLA pula, kesatuan itu menuntut bayaran sama rata RM300 berbanding amalan sekarang yang mana kakitangan awam di bandar besar dibayar RM300, bandar kecil (RM200), manakala RM100 dibayar kepada mereka di luar bandar.

Dari segi pelarasan gaji pula, Osman menggesa proses itu disegerakan kerana kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 kakitangan awam rendah bergaji kurang RM2,000 sebulan dilaporkan terpaksa membuat kerja kedua atau kerja sampingan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

“Ini kerana kos sara hidup dan harga barangan keperluan seharian sudah meningkat, malah hari ini (semalam) gula naik 20 sen. Saya khuatir prestasi kerja kakitangan awam yang melakukan dua kerja atau kerja sambilan terjejas.

“Kita tidak boleh larang mereka bekerja, malah sudah ramai yang bekerja sebagai pemandu teksi, kakitangan stesen minyak atau di kompleks beli belah. Cuma jangan buat kerja berisiko sehingga menjejaskan tugas hakiki,” katanya.

Omar berkata, semua perkara itu akan dibincang pada peringkat CUEPACS terlebih dulu akhir bulan ini sebelum dipanjangkan kepada Perdana Menteri, seboleh-bolehnya dalam bulan ini juga sempena sambutan Bulan Pekerja.

Katanya, kesatuan sekerja itu memutuskan tidak mengemukakan tuntutan terbabit dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri pada tahun lalu atas kesedaran keadaan ekonomi ketika itu tidak mengizinkan.