24 December 2009

RENUNG-RENUNGLAH DENGAN PENDAPAT INI



Salam saudara/i makmal lama,dan kawan2
Terlebih dahulu maaf. Ayat tersebut saya tujukan kepada sesiapa yang ada kuasa di dalam kesatuan kita.
Saya tidak ada niat nak kata siapa yang lebih advance sama ada kita tua atau muda. (kita serupa semuanya Pembantu Makmal )
Sering dikatakan Pembantu Makmal menimbulkan isu yang remeh temeh. Hakikatnya yang remeh temeh ni lah perlu segera diselesaikan terlebih dahulu daripada perkara2 yang lain umpama duri dalam daging. Perlukan tindakan dan langkah2 penyelesaiannya.Perkara inilah yang dialami oleh kawan2 semua termasuklah saya.
Kita berhak melahirkan rasa apa yang kita rasa seperti dianaktirikan, dipinggir dsb sebab kita manusia ada perasaan dan kita mengalami situasi tersebut.
Keadaan (remeh temeh)inilah yang perlu diperbetulkan. Siapa.... bukan kita pembantu makmal biasa sebab kita hanya seperti anjing menyalak bukit.
Sesiapa yang ada power dalam kesatuan yang perlu memainkan peranan mereka membetulkan keadaan melalui saluran yang boleh mereka pergi......
Istilah pujuk yang saya maksudkan mereka yang berkuasa dalan kesatuan kita carilah strategi untuk mengatasi perkara remeh temeh itu.Kaji apakah perkara remeh temeh itu dan cari penyelesaiannya.
Perkara utama dalam pemerhatian saya ialah profesion kita sebagai pembantu makmal tidak dimertabatkan. Core business kita diletakkan ditempat yang salah. Kita C17 di level sama dgn PRA.
Keutamaan kita diletakkan melakukan kerja2 mem......
1) basuh(lantai dan segala yang perlu dibasuh)
2)bersih(peralatan makmal dan yang berkaitan)
3)cuci(sink,longkang, mujur x tandas)
4)rumput(aktiviti taman sains)
5)sapu( sampah dan apa-apa yang perlu disapu)
6)lap(meja dan apa-apa yang berhabuk)
7)susun(kerusi2 dan lain2 kelengkapan)
Tertulis di buku pengurusan makmal sekolah tugas Pembantu Makmal memastikan kebersihan makmal ,mesti pastikan makmal kita bersih dalam ertikata lain ada orang lain yang melakukan tugas itu dan kita hanya memantau /menyelia mereka lakukan kerja itu(iaitu PAR Makmal)
Apakah selepas ini 1 makmal 1 Pembantu Makmal, kita dinaik taraf atau turun taraf (semua kerja itu hak milik kita)
Akan ada kata kita boleh suruh PRA swasta yang buat tapi siapalah kita kalau tiada surat hitam putih yang boleh menyatakan perkara itu kepada pentadbir kita.
Contohnya:-
Sekolah saya, di Taman Sains kerja2 mem...... yang saya katakan tadi PRA swasta tak buat kerana itu bahagian kerja orang makmal. Sepatutnya Pembantu Makmal boleh menyuruh atau memantau/menyelia kerja trsbt.
Fikirkanlah.....kera dihutan disusukan, anak sendiri..........
Dalam perlaksanaan 1 makmal 1 PM kena di tegaskan kerja2 mem.... ini dikhaskan untuk PRA swasta tentukan 1minggu sekali atau 1 minggu 2x bertugas dimakmal.
Kalau berjaya perkara tersebut. Inilah satu permulaan untuk meningkatkan profesion kita.
Selepas ini kita akan dikaitkan dengan berapa peratus kelulusan subjek fizik kimia bio dan sains diperingkat PMR,SPM,STPM. Apakah langkah/ program untuk meningkatkan prestasi pelajar.
Dan kita x terima lagi soalan bak po kolam kotor x cuci ko
bak po byk sampah x nyapu ko
bak po x cabut rumput , panjang dah tu
dan bak po lain-lain lagi
Satu penghormatan kepada kesatuan makmal kita yang sentiasa memperjuangkan nasib pembantu makmal semakin baik daripada dahulu.
Sekian wassalam

22 December 2009

Nasihat Setiausaha Agung KSKM




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA RAKAN2 PM SELURUH MALAYSIA
Saya amat tertarik dan sangat terpanggil atas keluhan sdr/sdri terhadap nasib PM dibawah kementerian pelajaran. Biar saya cuba rungkai satu persatu permasalahan sdr/sdri.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED YANG LEBIH TINGGI
(C17 KPD C22 / C22 KEPADA C26)
Seperti yang pernah saya maklumkan diawal 2009 bahawa norma perjwtan PM di bawah KPM telah berubah berikutan JPA telah bersetuju bhwa norma tersebut ialah setiap 1 makmal 1 PM dengan memansuhkan pjwtan PAP di makmal secara beperingkat sehingga 2014 berjumlah 5,041 dan cadangan pengujudan jwtan PM sebanyak 5,802 sehingga 2014. manakala bagi PM C22 seramai 135 melibatkan kos 40m. Melihat kepada angka ini KSKM berpendapat akan ujud jwtan kanan (C22/C26) pada masa akan datang. Manakala bagi PAP yg dimansuhkan tadi KSKM telah buat proposal bagi PAP ini utk diserap/option tukar lantik ke PM melalui beberapa kaedah. Setakat ini kita dimaklumkan bahawa ada pekembagan + diperingkat JPA.
Bagi 135 jwtn PMC22 dan 5,802 PMC17 tadi sehingga kini waran perjawatan masih belum dluluskan berikutan kegawatan ekonomi di negara kita. Tungguhlah sehingga ianya pulih dan kita pasti ianya akan kembali seperti biasa selepas ini.
Kepada rakan2 yg menyatakan syarat C22 ke C26 memerlukan diploma sains. E2 sebenarnya kurang tepat. Kerana jwatan C22/C26 adalah jawatan dalam gred knaikan pangkat (C17-Gred Lntikan). Prinsipnya tidak begitu coz sekiranya mempunyai diploma sains ianya akan terus kepada Gred C27 (Penolong Pegawai Sains) sedangkan jwatan ini kalu tak silap saya tidak ada di KPM yg ada pegawai sains (e2 pun gelaran saja diperingkat jpn/ppd) bukan hakiki kerana mereka masih guru. Skrng ni kita (KSKM) sedang merangka pengujudan jwtan Pen. Peg Sains (C27) kerana kita perlu ada JUSTIFIKASI ..... kenapa perlu ada C27.
Dimasa yang sama.... saya sbgai wakil Majlis Bersama Kebangsaan Sains n Teknologi (MBK S & T) peringkat JPA sdg create bagaimana C17 ini dinaikan kpd C19.Ini hasil perwakilan di Langkawi. sila lihat www.cuepacs.blogspot.com atau file yg saya attachkan bersama ini. Sekiranya sdr/sdri ada 'info profesional 'yg boleh memberi justifikasi kepada isu-isu diatas boleh diemailkan kepada saya.
WAKTU BEKERJA PEMBANTU MAKMAL MASA CUTI DAN WAKTU PERSEKOLAHAN
Waktu bekerja ini sebnrnya telah dibuat garis panduan oleh JPA melalui PP. Bil 13 Tahun 2005 dan dibaca bersama PP. Bil 2 Tahun 2007. Memang diakui ada pentadbir sekolah yg memang fleksibel (masa bertugas-asalkan memenuhi 9 jam waktu bekerja) dgn keadaan sekolah yg mempunyai 2 sesi. Namun begitu pada masa cuti persekolahan kita perlu akur ikut dgn pekeliling ini. Ada juga dikalangan PENTADBIR yg memang ok semasa cuti. Saya mohon kpd sdr/sdri sekiranya Sekolah A tu Pentadbirnya OK dan Sekolah B tu Pentadbirnya Tak OK..jgnlah diganggu.....SURUH JPN KE PPD BUAT WAKTU SERAGAM. Kita tidak tahu mungkin ada dikalangan PM atau PT Sekolah A tu MEMANG BAGUS maka itulah sebab PENTADBIRnya baik dan boleh ada tolerensi. YANG PENTING kita perlu tingkatkan kualiti kerja dan sumbangan kita disekolah masing2. Janganlah kita asyik meremeh2 perkara2 yg kecil. Saya percaya pjwtan seperti kita amat penting bagi melahirkan insan2 yg bakal mewarisi tokoh2 pendidikan, teknokrat, ahli sains, doktor atau ahli profesional negara kita. SO tak payah kita asyik dok memikirkan perkara2 remeh. INGAT KERJA KITA ITU SEBAGAI SATU IBADAH. Maaf ayat saya dihujung2 ini pedas sikit. AKHIRNYA KERJA AKAN DIBERKATI..PRINSIP SAYA IALAH KITA PERLU ENJOY (SERONOK) DGN KERJA KITA ..JGNLLAH KITA TENSION DGN KERJA KITA...Wallahualam.... setakat ini
Ashaari Maarof
Setiausaha Agung KSKM

KURSUS PENGURUSAN MAKMAL KSKM DAERAH PERAK TENGAH 2009


Penyampaian Cenderahati dari Pengerusi KSKM Daerah Perak Tengah En. Sabri kepada PPPD Perak Tengah.

Slot Ceramah di sampaikan oleh En. Ashaari B. Maarof


Sebahagian Peserta Kursus
Ucapan Perasmian oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tn. Hj. Ahmad Damanhuri Nordin


Kursus Pengurusan Makmal Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah Tahun 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah dengan kerjasama KSKM Cawangan Perak telah di adakan di Dewan Al-Biruni, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah pada 22 Disember 2009 ( Selasa ).

Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tn. Hj. Ahmad Damanhuri Nordin pada jam 9.00 pagi.

Perasmian ini juga telah di hadiri oleh Setiausaha Agung KSKM Pusat En. Ashaari Bin Maarof, Pengerusi KSKM Negeri Perak, Setiausaha KSKM Negeri Perak dan AJK KSKM Negeri Perak.

Matlamat Utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat dan panduan serta mengingatkan kembali perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas supaya penambahbaikan dapat dilakukan bagi melahirkan pekerja yang cemerlang dan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan.

Mempertingkatkan pengetahuan dan keusahaan dalam melaksanakan tugas.

Mengetahui cara melaksanakan tugas dengan lebih teratur dan sistematik.

Mengamalkan kepentingan bekerjasama dan menggunakan pendapat serta pandangan pegawai atasan dan rakan-rakan sekerja dalam menyelesaikan tugas.

12 December 2009

TAMBAH PELUANG NAIK PANGKAT PEMBANTU MAKMAL

TAMBAH PELUANG NAIK PANGKAT PEMBANTU MAKMAL- CUEPACS

Bernama
11/12/2009




LANGKAWI, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan memperbanyakkan peluang kenaikan pangkat kepada kira-kira 8,000 pembantu makmal sekolah di seluruh negara.Presidennya, Omar Osman berkata pada masa ini kenaikan pangkat pembantu makmal sekolah gred C17 kepada gred C22 (kanan) dan gred C26 (tertinggi) adalah sangat terhad dan perlu memenuhi syarat-syarat yang agak ketat."Jadi, Cuepacs minta Kementerian Pelajaran menambah peluang kenaikan pangkat bagi pembantu makmal yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Semenanjung Malaysia, di sini Jumaat.Lebih 150 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri persidangan berkenaan.Beliau berkata, mereka perlu diberi pertimbangan sewajarnya selaras dengan tugas yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi setelah mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.Selain itu, Omar berkata Cuepacs turut berharap agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula pemberian insentif kepada pembantu makmal sebagai galakan kepada mereka."Mereka bukan sahaja bertugas untuk kerja-kerja rasmi, sebaliknya ada yang disuruh melaksanakan kerja-kerja lain," katanya.Katanya, kementerian berkenaan mengadakan pelbagai anugerah seperti anugerah guru cemerlang, tapi pembantu makmal tidak diberi perhatian walaupun peranan mereka juga penting di sekolah-sekolah.-- BERNAMA


-----------------------------------------
Media Cuepacs

11 December 2009

Persidangan Media Presiden Cuepacs Malaysia

Presiden Cuepacs Tn. Hj. Omar bersama exco dan perwakilan di hadapan Camera TV RTM.

Satu sesi Persidangan Akhbar telah di adakan oleh Presiden Cuepacs Malaysia Tn. Hj. Omar Bin Osman bersama exco KSKM Pusat dan juga perwakilan.
Persidangan Akhbar ini juga di hadiri oleh Pemberita dari BERNAMA dan Stesen TV RTM.
Tuan Presiden Cuepacs telah membangkitkan akan norma perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah dan permasalahan Pembantu Makmal Sekolah di seluruh Malaysia.

Persidangan Akhbar ini telah berlangsung selama 30 minit.

HARI KEDUA PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM 11.12.2009

Ucap Utama Presiden Cuepacs Tn. Hj. Omar Bin Osman






Perwakilan KSKM Negeri Perak bergambar bersama Presiden Cuepacs dan Exco KSKM Pusat.


Ini adalah sebahagian gambar-gambar semasa Majlis Perasmian Persidangan Agung Dwi Tahunan KSKM yang telah di rasmikan oleh Presiden Cuepacs Malaysia iaitu Tuan Hj. Omar Bin Osman pada pagi tadi. Presiden Cuepacs Malaysia telah memberi Ucap Utama semasa perasmian tersebut yang memakan masa hampir 2 jam.

10 December 2009

HARI PERTAMA PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM 10.12.2009


Presiden Cuepacs Tn. Hj. Omar Bin Osman bersama Setiausaha Agung KSKM yang akan merasmikan Persidangan esok pagi.

Peserta-peserta dari seluruh Malaysia menghadiri Taklimat dari Setiausaha Agung KSKM

Taklimat Dari Setiausaha Agung KSKM Pusat.

Pendaftaran Peserta Persidangan

Ketibaan Peserta di Jeti Kuah, Langkawi.

Bersama ini di paparkan gambar-gambar semasa hari pertama persidangan Dwi Tahunan Kskm kali ke 10 yang berlangsung di Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah.

03 December 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE 10 KSKM SESI 2009-2011

HOTEL LANGKASUKA, LANGKAWI


Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan kali ke 10 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal , Kementerian Pelajaran Semenanjung Malaysia sesi 2009 - 2011 akan di adakan seperti berikut :

TARIKH : 10 HINGGA 12 DISEMBER 2009

TEMPAT : HOTEL LANGKASUKA, KUAH,
LANGKAWI, KEDAH.


KSKM Cawangan Negeri Perak akan menghantar 8 orang perwakilan dan 4 orang pemerhati ke Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan tersebut.