20 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430 H


Barisan AJK KSKM Negeri Perak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Pembantu Makmal di seluruh Malaysia.

Kepada Pembantu Makmal yang dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini, KSKM Perak mengucapkan selamat menjalani ibadah Haji semoga mendapat Haji Mabrul dan selamat pergi dan selamat kembali.

Kepada yang melakukan ibadah Qurban, selamat berqurban semoga mendapat Rahmah dengan ibadat yang kita lakukan itu.

16 November 2009

MESYUARAT KSKM CAWANGAN NEGERI PERAK KALI 3 2009







Satu Mesyuarat KSKM Cawangan Negeri Perak kali ke 3 telah diadakan di Sungai Perak Safari Resort, Kuala Kangsar. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 dan telah tamat pada jam 12.30 Tengahari.

Seramai 7 orang ahli jawatankuasa kskm Negeri Perak telah hadir di Mesyuarat tersebut.

Antara Agenda-agenda yang telah diperbincangkan ialah :

1. Pembentangan Kertas kerja kursus-kursus yang akan dilaksanakan nanti.

2. Perbincangan mengenai Persidangan Dwi Tahunan KSKM Pusat pada bulan Disember nanti.

3. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 .

4. Prestasi kewangan KSKM Cawangan Perak.

5. Penyediaan Keluaran Buletin KSKM Perak 2010 kepada semua ahli KSKM Negeri Perak.

6. Pembentukan AJK Daerah di 10 Daerah Negeri Perak.

13 November 2009

CUEPACS AKUR TIADA DUA BULAN BONUS





CUEPACS AKUR TIADA DUA BULAN BONUS

Bernama
13/11/2009





KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan."Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.-- BERNAMA

12 November 2009

MAJLIS MESRA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI CUEPACS NEGERI PERAK 2009

Di antara tetamu dan wakil KSKM Negeri Perak iaitu En. Ruzlan Ramli yang hadir.

Pengerusi Cuepacs Negeri Perak En. Abdul Jalil menyampaikan cenderahati buat Dato' Hamidah sebagai kenang-kenangan dari Cuepacs Negeri Perak.

Dato' Hamidah menyerahkan sejambak bunga buat Pengerusi Cuepacs En. Abd. Jalil ketika beliau menyanyi sebuah lagu.

Di antara tetamu yang hadir
Ucapan Perasmian oleh Dato' Hamidah Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan,,ICT, Pelancungan dan Hal Ehwal wanita Kerajaan Negeri Perak.

Menjamu selera di Meja VVIP bersama Dato' Hamidah Bt. Osman

Satu Majlis Mesra Aidil Fitri dan Deepavali 2009 telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh. Ia dirasmikan oleh Pengerusi , Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Perak Dato' Hamidah Bt. Osman.

Majlis ini juga di hadiri oleh ahli Kongres Cuepacs Malaysia dan ahli gabungan Cuepacs Negeri Perak seramai 300 orang.

Bertepatan dengan semangat 1 Malaysia, majlis ini di hadiri dari pelbagai kaum.

Selain dari Jamuan makan malam, diadakan juga nyanyian karaoke dan cabutan bertuah yang berjumlah 60 buah hadiah bertuah.

Tahniah buat Biro Wanita Cuepacs kerana berjaya menganjurkan Majlis Mesra yang bertepatan dengan slogan 1 Malaysia.

Majlis ini Tamat pada jam 11.30 malam.

06 November 2009

BONUS PERMINTAAN KONGRES




BONUS PERMINTAAN KONGRES

Berita Harian
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
6/11/2009





KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral. Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan. Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral.
“Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk. “Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral.
Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji. “Permintaan itu dibuat oleh saya selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya. Beliau berkata, apa yang dilakukan itu mengikut landasan betul dan menganggap tidak salah sekiranya setiap persatuan yang ada membuat permintaan terhadap pihakkerajaan.
“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral. “Namun, sebagai seorang presiden yang sudah bersama Cuepacs sejak 35 tahun lalu, teguran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperjuangkan hak kakitangan awam pada masa akan datang. “Paling penting, sebagai kakitangan yang paling dekat dengan kerajaan, mereka wajar memperoleh kemudahan yang sepatutnya,” katanya

05 November 2009

SALAH DI SEGI MORAL UNTUK MEMINTA BONUS - NAJIB



SALAH DI SEGI MORAL UNTUK MEMINTA BONUS - NAJIB

Bernama
4/11/2009

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.

Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

--BERNAMA